Pengampunan
Shalom, pengampunan merupakan sesuatu yang sukar untuk dipratikkan dan diperoleh, namun Tuhan mampu memberikannya walaupun dosa kita sebesar mana sekalipun. Petikan yang akan saya kongsikan ini diambil dari
[Yohanes 8: 1- 11
Tajuknya "Wanita yang Didapati Berzina", secara ringkasnya, petikan ini menceritakan seorang wanita yang didapati berzina oleh guru Taurat dan orang Farisi, dibawa kepada Yesus Kristus yang sedang duduk mengajar orang di Rumah Tuhan. Wanita itu disuruh berdiri di hadapan semua orang. Ketika itu guru Taurat dan orang Farisi bertanya kepada Yesus, " Guru, wanita ini tertangkap basah ketika berzina. Di dalam kitab Taurat, Musa memerintahkan agar wanita seperti ini direjam sehingga mati. Tetapi apakah pendapat guru?"
Yesus menunduk dan menulis sesuatu di tanah dengan jari-Nya dan berkata "Sesiapa di kalangan kamu yang tidak berdosa boleh melemparkan batu pertama untuk merejam dia." Selepas itu, sekali lagi Dia menunduk dan menulis lagi di atas tanah. Mendengar apa yang dikatakan Yesus, seorang demi seorang dari mereka meninggalkan tempat itu mulai dari yang tertua. Akhirnya, hanya Yesus dan wanita itu yang masih berdiri itu ada disana, Yesus meluruskan badan-Nya lalu berkata kepada wanita itu, "Di manakah mereka? Tidak adakah orang yang menghukum kamu?" "Tidak ada, tuan," jawabnya. "Baiklah," kata Yesus, "Aku pun tidak menghukum kamu. Pergilah dan janganlah berdosa lagi." ]
Mungkin ramai diantara kita yang ingin menghukum wanita tersebut kerana kesalahannya dan kerana kita merasakan diri kita lebih baik dari dia. Tetapi apa yang terjadi dalam petikan ini, orang yang ingin menghukum wanita tersebut seorang demi seorang meninggalkan tempat itu dan tidak jadi untuk menghukum dia setelah mendengar apa yang Yesus katakan; "Sesiapa di kalangan kamu yang tidak berdosa boleh melemparkan batu pertama untuk merejam dia." Di kalangan mereka, hanya Yesus yang tidak berdosa (Ibrani 4:15) dan secara logiknya Yesuslah yang patut merejam wanita tersebut dengan batu, tetapi Dia tidak melakukan itu. Inilah yang Yesus katakan, "Aku pun tidak menghukum kamu. Pergilah dan janganlah berdosa lagi."
Sejauh manapun besar dosa kita, Tuhan pasti berkuasa mengampunkan walaupun orang-orang yang kita kenal bahkan yang kita sangat kasihi sekalipun tidak mahu mengampuni kita. Ingatlah, Yesus berkuasa untuk mengampunkan, malah Dia sanggup kerana kasih-Nya begitu besar sehingga Dia sanggup mati di kayu salib untuk menebus kita, tetapi, jangan persia-siakan pengampunan yang Tuhan berikan dan bertaubatlah.
Masa dan kesilapan yang silam tidak akan dapat kita ubah tetapi keputusan yang kita buat hari ini boleh mengubah masa depan kita. Mungkin ada diantara kamu yang berpendapat dosa kamu yang silam membuat kamu merasakan diri tidak layak untuk menghadap dan melayan Tuhan, lihatlah apa yang Yesus lakukan, Dia tidak menghukum orang yang bertaubat malah memberi pengampunan, Dia lemparkan jauh segala dosa itu dan beri peluang kepada kita untuk kembali mendekat kepada Dia. Syaitan suka sekali mengingkatkan kita tentang dosa kita, tetapi janganlah bagi peluang kepada syaitan untuk membuatkan kita jauh dari Tuhan.
Sekarang, sebagai mana Tuhan Yesus beri pengampunan pada kita adakah kita juga sudah memberi pengampunan kepada orang lain? atau kita hanya ingin diampun, tetapi sukar untuk mengampunkan?
Renungkan ini, "Ampunkanlah kesalahan kami, seperti kami mengampuni orang yang bersalah terhadap kami."
Tinggalkanlah dosamu dan datanglah menerima pengampunan, ampunkanlah yang telah bersalah terhadapmu maka Dia yang bersemayam di syurga akan memberi pengampunan atas segala dosa dan kesalahanmu.
Terpujilah Tuhan kita Yesus Kristus kerana begitu besar kasih-Nya pada kita! Halleluya!
video tentang pengampunan click disini

Comments
Post a Comment