Apa yang Yesus buat ketika dicobai? Bahagian 2

Shalom, bahagian 2 akan menceritakan 2 lagi peristiwa Yesus Kristus dicobai di padang gurun. Dalam bahagian yang ke-2, penulis akan berkongsi tentang saat Yesus diletakkan di puncak Rumah Tuhan dan ketika iblis menunjukkan kepada Yesus segala semua kerajaan di dunia serta segala kekayaannya kepada Dia.
Pencobaan yang ke-2 ini menunjukkan iblis juga arif tentang alkitab dan dia tahu apa yang tertulis disana seperti saat dia berkata kepada Yesus dalam Matthew 4: 6,

“Iblis berkata kepada Yesus, “Jika Engkau Anak Allah, terjunlah ke bawah, kerana di dalam alkitab tertulis, ‘ Allah akan menyuruh malaikat-malaikat-Nya menjaga Engkau; malaikat akan menyambut Engkau dengan tangan, supaya kaki-Mu tidak terhantuk pada batu.” (Alkitab BM, Berita Baik)

Tuhan yang Maha Kuasa mampu menyembuhkan, menyelamatkan umat-Nya bahkan dapat membangkitkan orang yang telah mati. Maka apa yang Yesus takuti untuk terjun ke bawah? Namun dalam petikan ini jelas menunjukkan apa yang kita patut lakukan,

Matthew 4:7,

Yesus menjawab, “Tetapi di dalam Alkitab tertulis juga, ‘Janganlah cubai Tuhan Allahmu.’”

Meskipun Tuhan Maha Kuasa mampu menyelamatkan kita, namun janganlah membiarkan kebodohan menipu kita dan menghadirkan kesengsaraan pada kehidupan kita.

Mari lihat contoh ini,

Iblis berkata,” ambillah pisau ini dan tusukan pada jantung kamu dan tengoklah jika Tuhan dapat menyembuhkan kamu. “

Sememangnya Tuhan dapat menyembuhkan kamu saat kamu sakit, namun dengan menusukan pisau ke jantung sendiri itu suatu tindakan yang bodoh kerana kita mensia-siakan hidup yang Tuhan berikan. Jangan cubai Tuhan untuk menyembuhkan jika perkara tersebut terjadi, kerana itu terjadi kerana kebodohan kita sendiri.

Jadi kita tahu bahawa Yesus tidak membenarkan kebodohan wujud dalam diri-Nya dengan membiarkan diri terjun semata-mata untuk menunjukkan Dia ialah Anak Allah.

Godaan yang ketiga mengambarkan kekuasaan dan kekayaan di dunia ini dikuasai iblis, dan dia ingin sekali Yesus menyembah dia maka dia akan memberikan Yesus semuanya itu.

Godaan ini meletakkan Yesus di posisi kekuasaan dunia yang tinggi yang diimpikan oleh ramai orang. Meskipun godaan ini kelihatannya sangat bertaraf tinggi,

Tetapi Yesus dalam Matthew 4:10,

Yesus menjawab, “Pergilah, hai Iblis! Di dalam Alkitab tertulis, ‘Sembahlah Tuhan Allahmu dan abdikan diri kepada Dia sahaja!’”

Yesus Kristus berkuasa di atas segala sesuatu, Dia tidak perlu menyembah iblis untuk semua itu kerana segalanya di bawah kekuasaan-Nya. Dalam bahagian ini, Yesus menunjukkan bahawa Dia tidak menyerahkan kemuliaan-Nya kepada iblis semata-mata untuk memiliki segala kerajaan dan kekayaan di dunia. Dia tetap teguh dan tidak mengadaikan kemuliaan-Nya.

Ramai yang sanggup menyerahkan kemuliaan yang ada pada Yesus kepada kuasa di dunia semata-mata ingin mendapat sesuatu posisi dan kekayaan di dunia. Tidak ramai yang setia saat iblis membawa seseorang ke atas gunung yang tinggi iaitu janji iblis, ramai yang sanggup berlutut dihadapannya untuk tawaran yang dijanjikan itu dengan alas an kesengsaraan, keperitan dan segala sesuatu yang tidak menyenangkan yang dirasai di dalam kehidupan.

Kesimpulannya, 3 perkara yang Yesus lakukan saat pencobaan/godaan datang ialah:

i) Dia hidup menurut firman Allah dan taat kepada perintah-Nya

ii) Dia tidak membiarkan kebodohan menguasai diri-Nya

iii) Dia tidak menyerahkan kemuliaan-Nya kepada iblis

Terpujilah Tuhan kita Yesus Kristus!

Comments

Popular posts from this blog

Carolling about what?

Smartphone – Problems for some people

The Ant and The Grasshopper