Pergi atau tidak? Saya sayangkan pelayanan saya!
Shalom,
Kita berasa seronok dan "best" berada di tempat
pelayanan atau gereja sendiri. Sehingga kita tidak ingin pergi jauh atau ke
mana-mana lagi.
Tempat pelayanan itu begitu menyeronokan kerana kita telah biasa dengan jemaatnya dan gaya pelayanan di sana. Hal yang demikian membuatkan kita sangat sayang dengan pelayanan kita.
Tempat pelayanan itu begitu menyeronokan kerana kita telah biasa dengan jemaatnya dan gaya pelayanan di sana. Hal yang demikian membuatkan kita sangat sayang dengan pelayanan kita.
Ada satu perkara yang boleh mengugat keseronokan atau perasaan
"best" ini, iaitu tawaran belajar atau bekerja di suatu tempat yang jauh
dan asing bagi kita. Ramai yang terbantut di dalam pelayanan dan iman saat
berjauhan dengan tempat pelayanan dan gereja kebiasaan. Mereka sudah tidak ke
gereja dengan alasan "rasanya tidak sama", "tiada teman",
"tiada urapan" dan lain-lain. Ada juga kes dimana seseorang pelayan
itu menolak semua tawaran kerja dan belajar semata-mata ingin terus berada di
tempat pelayanan/gereja yang biasa bagi dia itu. Jadi? Pergi atau tidak? Saya
sayangkan pelayanan saya! Saya takut di sana nanti tiada tempat untuk saya
melayani!
Di dalam Matius 28:19-20 (Terjemahan Bahasa Melayu),
Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka
pengikut-Ku. Baptislah mereka dengan menyebut nama Bapa, Anak, dan Roh Allah.
Ajarlah mereka mentaati segala yang sudah Aku perintahkan. Ingatlah, Aku akan
sentiasa menyertai kamu sehingga akhir zaman.
Di dalam petikan dari injil di atas, ada dua perkara yang penulis
ingin tekankan iaitu, "pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia"
dan "Aku akan sentiasa menyertai kamu sehingga akhir zaman".
Perkara pertama ini menunjukkan
bahawa "pergi" atau "keluar" dari tempat yang biasa bagi kita
itu adalah sangat mungkin terjadi, iaitu tempat seperti gereja atau tempat
pelayanan yang begitu seronok dan tidak ingin/ sanggup kita tinggalkan. Contohnya,
muda-mudi gereja khasnya akan mendapat tawaran belajar atau bekerja di tempat
lain, bagi gologan dewasa pula, tawaran kenaikan pangkat atau perpindahan
tempat kerja mungkin terjadi.
Perkara seterusnya ialah "Tuhan akan menyertai".
Mungkin ada yang berpendapat bahawa apabila mereka mendapat tawaran di tempat
yang baru dan begitu asing bagi mereka dan mereka terpaksa meninggalkan
pelayanan di tempat mereka sekarang atau gereja kebiasaan mereka, mereka mungkin
akan terbantut di dalam iman kerana mereka berpendapat bahawa di tempat baru
nanti mungkin tidak ada gereja, tempat untuk melayani atau teman sepelayanan. Jika kita percaya bahawa Tuhan akan menyertai,
kenapa kita ragu bahawa Dia akan menyediakan gereja, tempat untuk melayani,
teman sepelayanan atau apa sahaja keperluan kita?
Maka ini kesimpulan yang penulis buat, ke mana-mana pun di seluruh dunia, jangan takut dan bimbang akan tiada gereja, tiada tempat melayan, tiada teman pelayan atau sebagainya. Tetapi berpeganglah pada janji Tuhan, bahawa Dia menyertai. Dia pasti menyediakan semua keperluan bagimu! Pergilah menjadi saksi untuk Dia dan menyatakan kemuliaan-Nya kepada orang ramai. Amen!
Comments
Post a Comment