Prinsip Tuhan dan Prinsip Dunia
Shalom, pernahkah anda terfikir dan perasan bahawa prinsip
Tuhan sangat berbeza dengan prinsip dunia?
Contohnya,
1. Prinsip dunia: Apabila kita memberi, kita kehilangan.
Apabila kita menerima, kita mendapatnya.
Prinsip Tuhan:
Lukas 6:38, Apa yang kamu berikan kepada orang lain, Allah
juga akan memberikannya kepada kamu. Allah akan mencurahi kamu pemberian yang
berlimpah-limpah. Sukatan yang kamu gunakan untuk orang lain akan digunakan
oleh Allah untuk kamu.
--- Berilah dan terimalah berkat.
2. Prinsip dunia: Kasihi sesiapa yang mengasihi kita, benci
mereka yang membenci kita.
Prinsip Tuhan:
Lukas 6:27-28, "Tetapi Aku berkata kepada kamu yang
mendengarkan Aku: Kasihilah musuh kamu dan berbuatlah baik kepada mereka yang
membenci kamu. Berkatilah mereka yang mengutuk kamu, dan berdoalah untuk mereka
yang menganiaya kamu.
---Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu
sendiri.
3. Prinsip dunia: Sayangilah nyawamu, maka kamu akan
menyelamatkannya.
Prinsip Tuhan:
Lukas 9:24, Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan
kehilangan hidup yang sejati, tetapi sesiapa yang mengorbankan hidup untuk-Ku,
akan mendapat hidup yang sejati.
---Persembahankanlah hidup
sebagai suatu korban yang hidup, yang khas untuk Allah, dan yang
menyenangkan hati-Nya.
4. Prinsip dunia: Bebaskanlah kemarahanmu agar tidak lagi
terpendam, puaskanlah keinginanmu agar
kamu tidak lagi terbeban.
Prinsip Tuhan:
Galatia 5:16, Inilah maksudku: Biarlah Roh Allah memimpin
hidup kamu dan janganlah hidup menurut keinginan tabiat manusia.
--- Keinginan daging yang dipuaskan akan menjadikan ianya
membesar, tetapi apabila tidak dipuaskan, ia menjadi lemah, keinginan roh yang
dipuaskan akan menjadikan kita lebih kuat secara rohani.
Prinsip-prinsip yang bertentangan dengan prinsip dunia
menampakkan sifat Maha Kuasa Tuhan kita
Yesus Kristus. Dia tidak perlu mengikuti apa yang kita anggap biasa, tetapi Dia
bertindak secara luar biasa. Terpujilah Dia atas segala perbuatan-Nya! Amen!
Apabila kita tidak mampu melihat jelas rancangan Tuhan di dalam kehidupan kita, imanlah yang membolehkan kita terus melangkah dan memandang ke hadapan.
HAVE FAITH
Apabila kita tidak mampu melihat jelas rancangan Tuhan di dalam kehidupan kita, imanlah yang membolehkan kita terus melangkah dan memandang ke hadapan.
HAVE FAITH
Comments
Post a Comment