Tawanan Perang



Akibat ketidaktaatan dan tidak menjaga kekudusan, hamba itu seperti seorang tawanan yang dipermalukan dan dipermainkan oleh musuh-musuhnya.


Hamba itu merasakan apa itu kematian, alangkah dahsyatnya perkara itu.


Hamba itu ingin menjerit namun suaranya hilang, dia mahu melawan namun dia lemah dan tidak berdaya, pada hari itu, kemegahannya dan keagungannya dipersendakan. Musuhnya berkata, "Dimanakah kehebatanmu? Angkatlah pedangmu dan lawanlah aku!"


Di dalam kekalahannya, hamba itu teringat akan kegemilangannya lalu dia berseru kepada Dia yang Maha Tinggi, "Ini aku, aku milik-Mu, aku telah bersalah terhadap-Mu, ampunilah aku dan bawalah aku mendekati-Mu Bapa!" Saat dia berseru, dia mendapat kekuatan dan keyakinan baru, dia seperti burung rajawali yang melebarkan sayapnya dan mulai melayang tinggi, musuh-musuhnya hairan kerana hamba yang lemah itu mulai mendapat kembali kekuatannya dan siap sedia untuk bertarung. Dia menewaskan musuh-musuhnya dengan kekuatan daripada Dia.




Jika anda merasakan bahawa anda seperti hamba itu, ingatlah, Yesus Kristus mengasihi kamu, dan Dia mahu kamu datang kepada-Nya. Bebaskanlah dirimu daripada tawanan dan bangkitlah! Sesiapa yang berseru dan berharap, akan mendapat kekuatan baru. Yesaya 40:31.



Comments

Popular posts from this blog

Carolling about what?

Smartphone – Problems for some people

The Ant and The Grasshopper