Berpatah Balik

Petang itu, Toby dan rakan-rakannya bercadang untuk ke pantai untuk menikmati suasana pantai pada waktu malam. Mereka bertolak kira-kira pada pukul 7 petang selepas makan malam. Cuaca yang cerah memberi mereka harapan dan semangat untuk menuju ke destinasi mereka.

Mereka berborak dan bergurau senda sepanjang perjalanan menuju ke Pantai Damai, perjalanan ini mengambil masa kira-kira 40 minit dengan menaiki kereta. Ketika mereka hampir tiba, hujan mulai turun dengan lebatnya sehingga menyukarkan perjalanan. Mereka tidak berputus asa dan terus menuju ke destinasi, apabila sampai disana, mereka ternampak tanda, "Tidak dibenarkan meletakkan kenderaan disini." . Namun begitu, terdapat tempat letak kereta yang terletak 15 meter dari tempat teduh itu, tetapi kerana mereka tidak membawa payung, segala rancangan mereka dibatalkan begitu sahaja.

Mereka cuba memahami bahawa mungkin itu petanda untuk tidak ke pantai pada ketika itu. Tanpa ragu-ragu, mereka terus berpatah balik ke tempat asal, dan hujan mulai berhenti, akhirnya mereka sampai di tempat yang langsung tiada hujan. Mereka saling berpaling, mungkin bukan masa sesuai untuk mereka berada disana. Bersyukur atas apa yang terjadi, mereka pulang ke rumah masing-masing.

*Kita memiliki banyak rancangan, namun bukan semua rancangan kita berkenan di mata Tuhan, Dia menunjukkan tanda-tanda di sepanjang perjalanan kita agar kita sedar dan berpatah balik ke jalan-Nya saat kita sudah jauh menyimpang. Dia memiliki rancangan yang terbaik bagi setiap kita. Jeremiah 29:11.


Comments

Popular posts from this blog

Carolling about what?

Smartphone – Problems for some people

The Ant and The Grasshopper