Posts

Showing posts from April, 2010

Pengampunan

Shalom, pengampunan merupakan sesuatu yang sukar untuk dipratikkan dan diperoleh, namun Tuhan mampu memberikannya walaupun dosa kita sebesar mana sekalipun. Petikan yang akan saya kongsikan ini diambil dari [Yohanes 8: 1- 11 Tajuknya "Wanita yang Didapati Berzina", secara ringkasnya, petikan ini menceritakan seorang wanita yang didapati berzina oleh guru Taurat dan orang Farisi, dibawa kepada Yesus Kristus yang sedang duduk mengajar orang di Rumah Tuhan. Wanita itu disuruh berdiri di hadapan semua orang. Ketika itu guru Taurat dan orang Farisi bertanya kepada Yesus, " Guru, wanita ini tertangkap basah ketika berzina. Di dalam kitab Taurat, Musa memerintahkan agar wanita seperti ini direjam sehingga mati. Tetapi apakah pendapat guru?" Yesus menunduk dan menulis sesuatu di tanah dengan jari-Nya dan berkata "Sesiapa di kalangan kamu yang tidak berdosa boleh melemparkan batu pertama untuk merejam dia." Selepas itu, sekali lagi Dia menunduk dan menulis lag