Posts

Showing posts from March, 2011

Ketidakfahaman menghasilkan ketidakmesraan

Image
Seorang pelajar tingkatan 4 di salah sebuah sekolah aliran sains berkata, “Saya benci Matematik Tambahan, saya langsung tak faham apa yang cikgu tu ajar.” Pelajar tersebut tidak mesra dengan Matematik Tambahan kerana dia tidak memahaminya, mungkin dia telah bersusah-payah untuk belajar namun dia tetap gagal untuk memahami. Ketidakfahaman menghasilkan suatu perasaan yang tidak senang apabila kita menghadapi perkara tersebut. Kadangkala kita mula memilih untuk tidak mesra dengan Tuhan kerana kita tidak memahami Dia, kadangkala untuk mengakui dihadapan-Nya, “Bapa, aku tidak faham akan hal ini, berikan aku pengertian.” (Yakobus 1:5) merupakan suatu tindakan bijak yang membawa kita lebih utuh dalam iman. Pengertian Tuhan itu terlampau mendalam untuk difahami (Yesaya 55:9), namun apabila kita merendahkan diri dan datang kepada Dia, Dia akan menyatakan perkara yang mendalam itu dan membuatkan kita faham. (Yeremia 33:3) Mesra atau tidak itu bergantung kepada sejauh mana kita saling