Posts

Showing posts from July, 2012

Pergi atau tidak? Saya sayangkan pelayanan saya!

Image
S halom, Kita berasa seronok dan "best" berada di tempat pelayanan atau gereja sendiri. Sehingga kita tidak ingin pergi jauh atau ke mana-mana lagi. Tempat pelayanan itu begitu menyeronokan kerana kita telah biasa dengan jemaatnya dan gaya pelayanan di sana. Hal yang demikian membuatkan kita sangat sayang dengan pelayanan kita. Ada satu perkara yang boleh mengugat keseronokan atau perasaan "best" ini, iaitu tawaran belajar atau bekerja di suatu tempat yang jauh dan asing bagi kita. Ramai yang terbantut di dalam pelayanan dan iman saat berjauhan dengan tempat pelayanan dan gereja kebiasaan. Mereka sudah tidak ke gereja dengan alasan "rasanya tidak sama", "tiada teman", "tiada urapan" dan lain-lain. Ada juga kes dimana seseorang pelayan itu menolak semua tawaran kerja dan belajar semata-mata ingin terus berada di tempat pelayanan/gereja yang biasa bagi dia itu. Jadi? Pergi atau tidak? Saya sayangkan pelayanan saya! Saya t