Posts

Showing posts from August, 2010

Periksa, Uji, Selidiki

Image
Mazmur 26: 2, Periksalah aku, ya TUHAN, dan ujilah aku, selidikilah keinginan dan fikiranku. Sebuah kereta keluaran terbaru diperiksa dengan teliti sebelum dikeluarkan ke pasaran, dari aspek enjin, reka bentuk, keselesaan pengguna dan banyak lagi. Namun begitu, sejauh manakah kereta ini bagus dan sesuai digunakan? Itulah sebabnya kenapa ada test drive , untuk menguji sejauh manakah keselesaan dan kepuasan hati pengguna terhadap kereta ini. Ramai pelayan Tuhan memiliki persiapan yang bagus dan cemerlang, namun sejauh manakah ketahanan dan bagusnya persiapan tersebut hanya dapat ditentukan melalui ujian. Ujian yang didatangkan bukan untuk mencelakakan, namun untuk menunjukkan betapa ciptaan itu tahan dan murni serta dapat menyenangkan hati Sang Pencipta. Ramai yang kecewa dengan ujian yang datang bertubi-tubi dan merasakan diri menjadi lemah dan down , namun firman Tuhan mengatakan dalam Yeremia 29:11, bahawa rencana Tuhan itu terbaik bagi kita dan bukan untuk mencelakakan kita.