Pergi atau tidak? Saya sayangkan pelayanan saya!



Shalom,

Kita berasa seronok dan "best" berada di tempat pelayanan atau gereja sendiri. Sehingga kita tidak ingin pergi jauh atau ke mana-mana lagi.

Tempat pelayanan itu begitu menyeronokan kerana kita telah biasa dengan jemaatnya dan gaya pelayanan di sana. Hal yang demikian membuatkan kita sangat sayang dengan pelayanan kita.

Ada satu perkara yang boleh mengugat keseronokan atau perasaan "best" ini, iaitu tawaran belajar atau bekerja di suatu tempat yang jauh dan asing bagi kita. Ramai yang terbantut di dalam pelayanan dan iman saat berjauhan dengan tempat pelayanan dan gereja kebiasaan. Mereka sudah tidak ke gereja dengan alasan "rasanya tidak sama", "tiada teman", "tiada urapan" dan lain-lain. Ada juga kes dimana seseorang pelayan itu menolak semua tawaran kerja dan belajar semata-mata ingin terus berada di tempat pelayanan/gereja yang biasa bagi dia itu. Jadi? Pergi atau tidak? Saya sayangkan pelayanan saya! Saya takut di sana nanti tiada tempat untuk saya melayani!

Di dalam Matius 28:19-20 (Terjemahan Bahasa Melayu), Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikut-Ku. Baptislah mereka dengan menyebut nama Bapa, Anak, dan Roh Allah. Ajarlah mereka mentaati segala yang sudah Aku perintahkan. Ingatlah, Aku akan sentiasa menyertai kamu sehingga akhir zaman.

Di dalam petikan dari injil di atas, ada dua perkara yang penulis ingin tekankan iaitu, "pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia" dan "Aku akan sentiasa menyertai kamu sehingga akhir zaman".

Perkara pertama ini menunjukkan bahawa "pergi" atau "keluar" dari tempat yang biasa bagi kita itu adalah sangat mungkin terjadi, iaitu tempat seperti gereja atau tempat pelayanan yang begitu seronok dan tidak ingin/ sanggup kita tinggalkan. Contohnya, muda-mudi gereja khasnya akan mendapat tawaran belajar atau bekerja di tempat lain, bagi gologan dewasa pula, tawaran kenaikan pangkat atau perpindahan tempat kerja mungkin terjadi.

Perkara seterusnya ialah "Tuhan akan menyertai". Mungkin ada yang berpendapat bahawa apabila mereka mendapat tawaran di tempat yang baru dan begitu asing bagi mereka dan mereka terpaksa meninggalkan pelayanan di tempat mereka sekarang atau gereja kebiasaan mereka, mereka mungkin akan terbantut di dalam iman kerana mereka berpendapat bahawa di tempat baru nanti mungkin tidak ada gereja, tempat untuk melayani atau teman sepelayanan.  Jika kita percaya bahawa Tuhan akan menyertai, kenapa kita ragu bahawa Dia akan menyediakan gereja, tempat untuk melayani, teman sepelayanan atau apa sahaja keperluan kita?

Percayalah bahawa ke mana pun kita pergi, kita pergi untuk menjadi saksi Kristus. Jangan takut atau ragu, kerana janji Tuhan menyatakan bahawa Dia menyertai kita (Yosua 1:9). Apabila Tuhan menyertai, apa lagi yang perlu diragukan?

Maka ini kesimpulan yang penulis buat, ke mana-mana pun di seluruh dunia, jangan takut dan bimbang akan tiada gereja, tiada tempat melayan, tiada teman pelayan atau sebagainya. Tetapi berpeganglah pada janji Tuhan, bahawa Dia menyertai. Dia pasti menyediakan semua keperluan bagimu! Pergilah menjadi saksi untuk Dia dan menyatakan kemuliaan-Nya kepada orang ramai. Amen!

Comments

Popular posts from this blog

The Ant and The Grasshopper

House of Fellowship’s Singai Camp 2011

Bergantung pada Tuhan